Thursday, March 11, 2010

Muqaddimah

Salam.

Setelah setahun @ dua tahun saya sendiri tak pasti bila saya stop blogging.Dulu cukup rajin hadap com, sekarang ni hadap jugak com tapi hadap untuk uruskan bisnes kecil-kecilan.Alhamdulillah dah sampai Australia, Brunei, Singapore dan Doha.Moga-moga rezeki yang saya dapat ni diberkati dan cukup untuk belanja majlis nanti.Bila ye? hehe..biarlah rahsia dulu...Sabar ye semua, ceh macamla ada orang yang baca pun blog ni.haha

Okay..okay dalam blog ni saya cuba la jadi diri sendiri ye, jadi sesiapa yang tak kenal saya boleh kenal saya dengan penulisan ni serba sedikit.Kalau nak kenal banyak tak cukup setakat di alam maya.Sebab dalam alam maya buatan manusia ni penuh dengan tipu daya, jadi hati-hati! Jangan terpedaya juga dengan kata-kata manis saya disini.hehe

Saya bukan menulis untuk dapat populariti,kalau nak populariti saya tidak gunakan medium ini, saya pergi join agency modelling @ jadi artist.hehe..Secara fitrahnya saya memang seorang yang gemar menulis.Tapi untuk permulaan tulisan saya kaliini yang seiring dengan penginjakan umur saya, saya rasa blog ini akan mempunyai sedikit unsur-unsur ilmiah & perkongsian yang bermutu.Kesimpulannya ia bukan blog cerita teh tarik yang makin manis.hehe

Baiklah.saya perlu berhenti sekadarnyn disini.Semoga ceria selalu & diberkati Allah swt.Jika anda fikir saya terlalu bajet sila jernihkan hati anda kerana itu tandanya titik hitam telah mewarnai hati-hati kita.Saya menggunkan kata-kata kita disini kerana hati saya juga hitam. :)

Salam.
Sarah Shamsudin